Sunday, January 20, 2013

Sejarah telefon bimbit

Sejarah Telefon Bimbit

    Telefon bimbit adalah sebuah alat yang yang membolehkan manusia membuat dan menerima panggilan telefon melalui gelombang radio yang dibina bagi sesuatu tempat.Gelombang radio atau lebih dikenali dalam bahasa inggeris iaitu "coverage" yang dihasilkan dari pencawang yang dibina bagi menghubungkan kepada satalite di atas orbit bumi dan akan disebarkan ke seluruh dunia.

    Pada masa dahulu ketika tetefon bimbit mula dilancarkan sekitar tahun 1973 oleh John F. Mitchell dan  Dr Martin Cooper dari syarikat Motorola , kegunaan telefon hanyalah untuk menerima dan mebuat panggilan sahaja dan tidak lebih dari itu.Pada masa itu, berat telefon menyamai sebuah netbook pada masa sekarang iaitu sekitar 1KG dan sebesar sebuah woki toki.Khimat pesanan ringkasa atau SMS mula dilancarkan sekitar tahun 1992 apabila seorang engineer muda iaitu Neil Papworth telah membinanya ketika bekerja di syarikat Sema Group di UK dan ketika itu penggunaan adalah sangat terbatas. Khidmat pesanan ringkas(SMS) berkembang pada tahun 1996 apabila penggunaan GSM mula diperkenalkan di Amerika Syarikat dimana GSM lebih menjimatkan dan mudah digunakan berbanding kaedah traditional.Khidmat MMS juga lebih sama dengan SMS tetapi dengan perbezaan boleh menghantar sesuatu gambar digital yang lebih realistik dengan kapasiti perkataan sebanyak 160 ketika diperkenalkan.


     Telefon pada masa kini menggunakan alat penghubung yang dipanggil Sim Kad (Subscriber Identity Module) yang membezakan identiti seseorang pengguna dengan pengguna yang lain berdasarkan kod unik yang didaftarkan di sesebuah negara.Penggunaan alat ini sangat efektif dan mesra pengguna disebabkan saiz yang kecil dan merupakan alat penghubung yang paling lama digunakan sejak diperkenal pada tahun 1991.SIM kad kebiasaan mempunyai size memori diantara 64k hingga 128k yang membolehkan penguna menyimpan SMS atau nombor kenalan lain di dalam memori kad sim tersebut.Size kad SIM adalah sama di seluruh dunia dan terpakai untuk semua model yang dikeluarkan oleh kebanyakkan pengeluar telefon.Teknologi tanpa sim pada masa ini juga semakin popular kerana tidak memerlukan khidmat sim untuk membuat sesuatu panggilan atau sms tetapi menggunakan talian terus internet bagi menggantikan tugas sim kad tersebut.Cara ini masih mempunyai masalah disebakan kadar coverage yang kurang,line yang tidak stabil dan menyebabkan bateri mudah kehabisan tenaga.Kaedah ini masih lagi baru di malaysia dan satu satunya provider yang menyediakan service ini ialah YES 4G.


 
     







Pada masa kini,majoriti pengguna talian telefon bimbit menggunakan telefon pintar atau lebih dikenali sebagai smartphone.Smartphone ialah  telefon bimbit yang menggunakan system operasi telefon yang seakan sama dengan system komputer atau PC.Dengan adanya system operasi yang tersendiri,smartphone tidak sekadar hanya boleh membuat panggilan,sms,mms atau video 3G tetapi fungsinya boleh menyamai fungsi sesebuah komputer.Sistem operasi mudah alih (OS) yang digunakan oleh telefon pintar moden aialah Google Android, Apple IOS, Nokia Symbian, OS RIM BlackBerry, Bada Samsung, Microsoft Windows Mobile dan webOS Hewlett-Packard.Dengan bentuk yang nipis dan menarik membuatkan pasaran smartphone antara yang terbesar di dunia yang memberi pulangan lumayan bagi syarikat yang menerajui segmen ini.Pada akhir tahun 2011,apple telah menjadi peneraju pasaran smartphone dengan kadar 52% dari keseluruhan pasaran dan ditempat kedua ialah Samsung dengan kadar 29% dari keseluruhan pasaran.dan pada 2012 kedudukan apple sebagai peneraju telah diambil oleh samsung disebabkan sedikit masalah yang dihadapi oleh iphone 5 berkenaan dengan map yang ralat. Bagi membendung samsung dari menjadi peneraju pasaran smartphone memungkinkan apple menyaman samsung dengan mendakwa samsung meniru hak cipta dan paten dari iphone bagi model galaxy mereka.Smartphone pada masa kini boleh diibaratkan sebaga "all in one" kerana fungsinya yang pelbagai dan boleh menggantikan fungsi peranti-peranti lain.



  

No comments:

Post a Comment