Sunday, January 20, 2013

Assalamualaikum.

        Saya merupakan orang baru di dunia blog ini dan tujuan menghasilkan blog ini kerana ingin berkongsi pelbagai idea dan tips bagi dunia teknologi terkini.Selama lebih dari 10 tahun mendalami ilmu berkenaan Teknologi dan IT dari pelbagai sumber,kini saya dan anda boleh berkongsi idea dan pendapat kepada semua rakan-rakan yang sudi membaca blog ini.bagi permulaan,saya cuma ingin memberikan sapatah dua kata sahaja.Dalam dunia teknologi,akan sentiasa mengalami perubahan menaik ke atas dan tiada sempadan yang terhad untuk menutupnya.Dengan demeikian,kepekaan seseorang terhadap ilmu teknologi amat dituntut bagi menaikkan nilai sesuatu bangsa dan agama.

       Dalam bahasa betulnya berkenaan teknologi,teknologi boleh difenisikan sebagai membuat sesuatu yang baru,pengubahsuaian ,pengetahuan sesuatu alatan, teknik,kaedah organisai menyelesaikan masalah,dan mencapai sesuatu tujuan.Penggunaan teknologi dari manusia terjadi dengan membuat seautu penukaran sumber asli kepada sesuatu barang yang berguna.Dengan kepesatan teknologi yang ada sekarang,dunia pada hari ini boleh diibaratkan sebagai dunia tanpa sempadan iaitu dunia yang tidak memerlukan masa dan sumber yang banyak untuk pergi ke dunia lain.

       Di malaysia,kebanyakkan penduduk masih lagi kurang peka terhadap ilmu teknologi yang memungkinkan ramai dikalangan rakyat malaysia masih ditakuk lama dan masih kurang berkembang dengan kadar peratusan yang tinggi berbanding di negara maju seperti negara di asia timur..Mungkin perbandingan ini dilihat keterlaluan apabila membanding sesebuah negara maju dan sebuah negara membangun,tetapi jika dilihat secara lebih jelas, Korea sebelumnya merupakan sebuah negara membangun ketika era 60 dan 70an dan berkembang pesat awal 80an hingga sekarang.Walaupun malaysia terhindar dari sebarang malapetaka semulajadi kerana di luar kawasan Lingkaran Api Pasifik dan mempunyai sumber yang cukup tetapi masih tetap bergantung kepada sumber bahan mentah sebagai pendapatan utama negara sama seperti negara yang berada di timur tengah.

     Kadar penembusan internet di malaysia masih dikadar seimbang iaitu dalam lingkaran 60% yang kebanyakanya tertumpu di kawasan bandar.Provider internet banyak dikuasai oleh Telekom Malaysia bagi segmen berwayar kerana dasar monopoli yang memberi hak yang besar kepada sesebuah syarikat dan segmen tanpa wayar  mempunyai lebih dari 6 syarikat bersaing yang kebanyakanya tertumpu di kawasan bandar.Walaupun di kawasan luar bandar mempunyai perhidmtan internet tetapi masih kurang memuaskan dan memberikan kadar cas yang sama yang meyukarkan penduduk luar bandar untuk menggunakan perhidmatan tersebut.DAn dengan disebabkan situasai tersebut,penduduk luar bandar hanya tertumpu kepada media traditional seperti surat khabar,tv dan radio bagi mendapatkan maklumat yang masih terhad.

    Mungkin tahun 2020 kerajaan dapat membuat sesuatu yang lebih baik dari hari ini dan menjadi negara kedua selepas singapura selepas ini.Jika rasuah dapat diatasi dengan berkesan di negara ini,insyaallah, mimpi ini boleh jadi satu kenyataan.

        



       

No comments:

Post a Comment