Sunday, January 20, 2013
Sejarah nokia
Nokia merupakan salah satu syarikat pengeluar telefon bimbit atau mobile phone agak terkenal di dunia. Berpusat di Finland,Nokia merupakan antara pelopor utama dalam penghasilan telefon bimbit sejak dari 1920an.Nokia mula dikenali semenjak industri telefon bimbit masih belum bermula lagi. tapi tidak semua orang mengenali sejarah Nokia itu sendiri. Nokia memiliki sejarah menarik yang patut untuk diketahui bagi pengguna setia telefon bimbit Nokia.
Berikut ini adalah catatan sejarah Nokia yang paling menarik untuk Anda ketahui:
1. Sebelum menjadi syarikat pengeluar produk telefon bimbit, pada tahun 1920-an , Finnish Rubber Works menggunakan nama Nokia sebagai nama pengeluar pembuatan kertas terkemuka di Eropah. Setelah berakhirnya perang dunia ke-2, Finnish Rubber Works telah membeli saham pengeluar Finnish Cable Worky yang beroperasi di bidang peralatan penghantaran, telegram dan jaringan telefon. Pada tahun 1967, dua pengeluar tersebut bergabung dan bermulalah era Nokia Group.
2. Nama Nokia diambil dari nama sebuah sungai di Finland. Sungai tersebut bernama Nokianvirta. Sungai Nokianvirta berada di wilayah Prikanmaa, wilayah Finland Barat. Sesuai dengan sungai yang melintasinya, sebuah kota turut dibangunkan dengan nama kota Nokia.
3. Setiap pengguna Nokia pasti sudah akrab dengan ringtone khasnya yang berbunyi. “Nokia Tune”merupakan sebuah frasa dari keanggotaan solo gitar dari lagu ” Gran Vals” ciptaan seorang gitaris dan komposer asal Spanyol, Fransisco Tarrega.Pada tahun 1993, Anssi Vanjoki yang kemudian menjadi Wakil President Nokia, membawa lagu Gran Vals kepada Lauri Kivenen. Setahun kemudian, lagu tersebut secara rasmi digunakan oleh Nokia dengan nama “Nokia Tune”.
4. Selain Nokia Tune, mucncul pula “Special” nada dering yang selalu kelihatan di dalam kebanyakkan telefon Nokia. Nada dering tersebut digunakan oleh pengguna telefon bimbit untuk menerima khidmat pesanan ringkas (SMS). Secara Fakta, nana dering istimewa tersebut merupakan kod morse untuk perkataan “SMS”. Sedangkan nada dering “standard” digunakan untuk kod morse “M” yang bermaksud message atau pesanan.
5. Pada 1 July 1991, Nokia adalah pengeluar pertama yang mencipta panggilan telefon bimbit menggunakan GMS. Orang pertama yang mendapatkan pengiktirafan telah tercatat dalam sejarah Nokia tersebut adalah Harri Holiker, yang pada masa itu berjawatan sebagai wakil perdana menteri Finland.
6. Para era pengembangan mobile software, kerap kali memanggil sebutan Nokia dengan nama Aikon. Aikon merupakan ayat yang diterbalikan kata dari Nokia. Hal tersebut terjadi kerana nama Aikon sering diguna pakai di dalam bungkusan software SDK, termasuk juga produk Nokia Symbian S60 SDK.
7. Tidak ramai yang menyedari bahawa untuk telefon bimbit yang berada di pasaran Asia, Nokia tidak pernah mencantumkan angka 4 di setiap jenis produk yang dikeluarkannya. Ini disebabkan lembaga pengarah Nokia sangat percaya dengan Tetraphobia. Tetraphobia adalah rasa ketakutan terhadap angka 4. Di beberapa negara Asia seperti Cina, Jepun, Korea, dan Taiwan angka 4 dipercayai sebagai angka malang. Mungkin, kepercayaan ini memang terbukti dengan larisnya jualan produk Nokia di pasaran Asia. Cukup unik ya sejarah Nokia ini?
Itulah sejarah Nokia serba sedikit dari saya.
Labels:
Telefon
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment