Sunday, January 20, 2013

Sejarah Apple

Sejarah Apple dan Produk terkini

Sebelum menjadi salah satu pengeluar komputer dan telefon bimbit yang terbesar di dunia seperti sekarang ini, Apple telah menghabiskan puluhan tahun untuk membolehkan mereka menjadikan mereka kaya raya seperti sekarang ini. Sejarah Apple bermula sekitar tahun 1976, ketika itu Steve Jobs, Steve Wozniak dan Ronald Wayne mempunyai cadangan dan idea untuk menghasilkan produk berasaskan komputer. Pada awal kemunculannya, Apple Computer, Inc. merupakan syarikat pembekal komputer peribadi dengan nama Apple I sebagai produk pertamanya yang merupakan satu set komputer dimana chasingnya pada waktu itu diperbuat daripada kayu.
Meskipun pada waktu itu produk pertamanya sangat berjaya, namun dengan jumlah pengeluaran yang terbatas membuatkan pengeluaran ini memerlukan dana yang banyak bagi membolehkan syarikat ini sentiasa bediri teguh dan lebih berkembang lagi. Dan akhirnya,seorang jutawan bernama Mike Markkula telah menyumbangkan dananya lebih dari $250.000 dengan melihat faktor masa depan syarikat ini di masa hadapan..
       Setelah mendapatkan sumbangan dari Mike Markkula, syarikat ini terus berkembang bukan hanya sebagai pembuat komputer peribadi tapi juga membuat pelbagai  jenis komputer dan software. Pada tahun 1986 hingga 1993 merupakan antara waktu kemerosotan Apple setelah produk-produknya seperti kamera digital, pemutar CD portable, speaker dan perangkat TV telah gagal bersaing di pasaran. Selain itu produk-produk berasaskan komputer juga gagal bersaing dengan the Wintel (Windows dan Intel) pada ketika itu.
Sejarah Apple memang tidak boleh lari dari seseorang yang bernama Steve Jobs. Setelah dipecat pada tahun 1985, kemunculanya pada tahun 1996 kembali membangkitkan Apple dari kemunduran dan bermulalah era untuk syarikat menikmati keuntungan sedikit demi sedikit. idea-idea beliau yang bernas dengan menghasilakn produk-produk yang terkini dan eksklusif. Ada pelbagai produk-produk Apple yang mendapat kejayaan dipasaran dan berikutan itu, kesemua produk-produk Apple yang sangat berjaya di pasaran.



Software
Apple ini juga menghasilkan dan mengembangkan softwarenya yang tersendiri, di antara yang paling dikenali ialah Mac OS X (sistem operasi untuk  komputer peribadi), iTunes media browser, Aperture (alat untuk phohografi profesional), The iLife (multimedia dan software), web browser Safari, Logic Studio (software music recording) dan iOS (system operasi untuk telefon bimbit).


Macintosh
Juga dikenali sebagai Mac, the Macintosh merupakan sejenis komputer desktop yang juga dihasilkan oleh Apple. Diperkenalkan sekitar tahun 1984 dan telah meraih kejayaan kerana Macintosh adalah komputer peribadi pertama yang mempunyai mouse dan dilengkapi graphical user interface. Pada perkembangannya di era 90an produk ini menjadi pesaing hebat kepada the Wintel (Windows dan Intel).


MacBook
MacBook merupakan sebuah jenama komputer notebook Macintosh yang dihasilkan pada tahun 2006 dan telah meraih kejayaan dengan rekod penjualan terbanyak dalam sejarah Apple Macintosh. MacBook terdiri dari dua jenis iaitu MacBook Air dan MacBook Pro yang mempunyai target pasaran yang tersendiri.


iPod
Apakah anda tahu jenama mp3 mahupun mp4 yang paling terkenal di Dunia? Ya, jawapannya tidak sukar untuk diucapkan, iPod. Media Player portable ini dihasilkan pada November 2001, iPod dapat memainkan beberapa format file di antaranya adalah MP3, AAC/M4A, Protected AAC, AIFF and WAV file. Selain itu iPod juga  menampilkan beberapa format gambar seperti BMP, JPEG, GIF, PNG and TIFF dan juga boleh memainkan file MPEG-4 (H.264/MPEG-4 AVC) dan format video QuickTime.


iPhone
iPhone merupakan produk smartphone yang pertama dari Apple yang dihasilkan buat kali pertama  pada Jun 2007. Setelah empat tahun lebih pelancarannya, Apple telah lima kali mengeluarkan salah satu peranti terbaiknya  iaitu iPhone 2G (iPhone pertama), iPhone 3G, iPhone 3GS, iPhone 4 dan iPhone 4S. Sejak Akhir-akhir ini, smartphone iphone  banyak mendapat persaingan yang kuat terutamanya dari smartphone yang berasaskan Android.


iPad
Sekali lagi, inovasi dari Apple dalam mempelopori gajet-gajet terkini memang sukar ditandingi. Setelah iPad dan iPhonenya, kemunculan iPad sebagai tablet PC pertama di Dunia. iPad merupakan tablet yang sangat luar biasa, iPad dapat menjalankan berbagai macam aplikasi-aplikasi terutama untuk media audio visual termasuk e-book, muzik internet, , video dan games. Tablet ini dilengkapi dengan system operasi yang sama dengan iPod Touch dan iPhone iaitu iOS.
Sejarah Apple untuk meraih kejayaan seperti sekarang ini bukanlah dalam waktu yang singkat, satu atau dua tahun, mereka mengambil masa puluhan tahun untuk boleh mencapai kejayaan hingga menjadi antara salah satu syarikat yang mempunyai pendapatan paling tertinggi di dunia.

No comments:

Post a Comment